KISAH SEORANG PADRI BERNAMA ST. THOMAS St. Thomas adalah seorang Jew dan mungkin seorang Galilean yang kurang berada. Tetapi kita tidak diberitahu dia adalah seorang nelayan atau mengapa dia dipilih sebagai pengikut Yesus Kristus. Namanya ialah Syriac yang membawa maksud kembar di Yunani dia dikenali sebagai Didmua. Apabila Yesus sedang berjalan ke bandar Jerusalem untuk menghidupkan Lazarus dari mati, pengikut-pengikut beliau yang lain cuba memujuk beliau supaya tidak ke situ, tetapi Thomas berkata Mari kita pergi bersamanya, supaya kita boleh mati dengannya. Ini menunjukkan bertapa ikhlasnya kasih sayangnya kepada ketuanya. Semasa sahur yang terakhir (Last Supper), apabila Yesus berkata, "Anda tahu jalan ke tempat di mana saya akan pergi?". Thomaslah yang bertanya, "Kami sekalian tidak tahu ke mana akan anda pergi, oleh itu bagaimanakah kita boleh mengetahui jalannya?. Yesus kemudiannya menyatakan sesuatu yang menjadi keseluruhan kepercayaan orang-orang Kristian,iaitu Saya adalah jalan, kebenaran dan kehidupan. Tiada siapa yang dapat pergi ke syurga kecuali saya. Thomas sentiasa dikenangi terutamanya malalui sikapnya yang tidak mudah mempercayai orang lain. Ini adalah kerana selepas kewafatan Yesus Kristus, Yesus telah muncul di hadapan pengikut-pengikutnya yang lain. Apabila mereka memberitahu Thomas, dia enggan mempercayai kawannya selagi dia tidak melihat Yesus. Lapan hari kemudian, Yesus muncul sekali lagi, kali ini Thomas melutut dan berseru, "Tuhanku dan rajaku!" kerana mendapati ia sebenarnya Yesus. |