SEJARAH SEKOLAH

Sekolah St.Thomas pada mulanya telah ditubuhkan secara kecilan di perkarangan Gereja St.Thomas di atas dayausaha daripada Rev. Father Louis Guittat dengan bantuan rakan seperjuangannya, Rev. Father Reutenns dan berikutnya Rev Rather John Yap. Pada awalnya sekolah ini merupakan sebuah sekolah persendirian yang telah menampung keperluan pelajaran murid-murid yang tidak berpeluang menyertai sekolah kerajaan. 

          Mulai tahun 1954 perjalanan sekolah ini telah diambil alih oleh dinominasi Marist Brother. Di bawah anjuran mereka Sekolah St. Thomas telah mengalami penyusunan pelajaran, disiplin dan kesukanan yang rapi yang memberi kesan berpanjangan kepada perkembangan sekolah ini. Kegigihan dan dedikasi. Marist Brother serta guru-guru pada awal perkembangan sekolah ini dihayati dalam kenangan murid-murid tuannya. Nama-nama seperti Bro Aloysious, Bro.Paul, Bro William sentiasa muncul dalam perbualan mereka dengan kenangan ‘nostalgic’.

ASAS SEKOLAH MENENGAH

          Apabila darjah Menengah St.Thomas dimulakan pada tahun 1956,ia merupakan sebaris bilik darjah di ‘rumah panjang atap’(bekas barak askar Congo) di sebarang Jalan Gambut.

          Ketika itu sungguhpun Sekolah St.Thomas serba kekurangan,semangat guru serta muridnya payah ditandingi.Pada tahun 1957,murid-murid St.Thomas pada pertama kalinya memasuki peperiksaan L.C.E.,mereka telah mencapai 80% kejayaan.Pada tahun 1958 perasingan di antara Sekolah rendah dan menengah telah dibuat secara rasmi dan berikutnya usaha-usaha telah dijalankan bagi mengadakan sebuah bangunan sekolah menengah baru dan usaha memperolehi tapak dan memungut derma bermula.Ini telah menjadi titik tolak bagi perkembangan dan kemajuan sekolah ini hingga seperti yang terdapat disaksikan pada hari ini.

KEMAJUAN TAHUN 60AN

          Tahun enam puluhan merupakan dekad perubahan yang pesat bagi Sekolah St.Thomas,bermula dengan pemergian Marist Brothers diganti dengan dinominasi Brothers of St.Gabriel.

          Perkembangan yang terbesar berlaku pada tahun 1961 apabila bangunan baru tiga tingkat siap dibina .Pada 18 jun 1961,bangunan tersebut telah pun dibuka dengan rasminya oleh Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah.Tahun 1960 juga telah menempa satu sejarah,iaitu apabila pada pertama kalinya pencapaian 100% kejayaan dalam peperiksaan Overseas School Certificate bagi murid-murid sekolah ini.Menjelang tahun 1966 pertambahan bilangan murid-murid memaksakan kelas-kelas sidang petang diadakan.Dalam tahun 1969 bangunan sekolah telah pun diperbesarkan bagi menampung keperluan bilik darjah,bilik kerjaya,pejabat dan stor.Kementerian Pelajaran telah menampung perbelanjaan pembinaan dengan pemberian wang berjumlah RM20,000.00.

 PERKEMBANGAN SEKOLAH MENENGAH

          Di bidang akademiknya,sekolah ini telah dapat memperbaiki mutu dan peningkatan pelajarannya.Bermula pada tahun 1957,ia telah mengeluarkan kumpulan pertama muridnya yang berkelulusan L.C.E..Malangnya,pada tahun 1967 Sekolah Menengah St.Thomas telah diturunkan tarafnya menjadi Sekolah Menengah Rendah.Walaubagaimanapun,mulai tahun 1977 taraf Sekolah Menengah penuh telah dikekalkan semula.Di tahun berikutnya,kelas aliran sains tulin untuk tingkatan 4 dan kelas sains pertanian untuk tingkatan 1 telah dimulakan.Keputusan-keputusan sains di peperiksaan LCE/SRP dan MCE/SPM juga telah terus meningkat daripada tarikh tersebut.

 

KEMBALI KE HALAMAN PERTAMA